Sunday, May 3, 2015

Salam Takziah... Jadikan Iktibar Buat Kita Semua

Berulang kali ku baca kisah keluarga malang membuatkan diri ini hampir hilang pertimbangan, cecair jernih membasahi pipi bila mengenangkan 2 anak perempuan ini akan menyelusuri hidup tanpa kasih ibu dan bapa mereka..

Tidak ku nafikan ini adalah takdirNya tetapi apalah kiranya jika semua pemandu di Malaysia tidak membabi-buta memandu kereta... hormatilah pengguna kenderaan yang lain...

Tidak mampu ku terus menaip coretan ini kerana mataku tidak tahan menatap 2 insan yg suci ini... siapakah peneman tidur mereka malam ini? Siapakah yang akan memakaikan baju kepada mereka? siapakah yang akan menyikat rambut mereka??

Ku abadikan poster ini agar aku tidak tergolong dalam golongan manusia yang memandu cuai, pesanan ini juga ku tujukan buat kita semua... jika ingin memandu laju tatapilah wajah adik ini....

Al-Fatihah buat arwah sekeluarga agar roh mereka di cucuri rahmat...

No comments:

Post a Comment